Perjalan dari Ampang ke Nilai telah mengambil masa selama 1 jam perjalanan. Testimonal pertama untuk percubaan produk ini adalah Tuan Nordin. Beliau mempunyai hampir 200 ekor ayam kampung yang beliau ada. Tapi kebanyakkan masih DARA dan belum cukup matang untuk dijual.
Sampai saja di destinasi rumah beliau terus kitaorang pergi sarapan Nasi Lemak Telur Mata. Sedap dan mengeyangkan. Topik perbualan semasa sarapan adalah berkisar tentang masalah penyakit ayam, laga ayam dan ayam katik dan ayam-ayam lagi..ayam jer topik..
Setelah sarapan terus bergerak ke Reban ayam yang mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kali pertama nampak reban beliau dah terdetik dihati....hanya beberapa meter jer rumah..Reban beliau terletak betul-betul dibelakang rumah rakan beliau,
Sampai jer terus saya mengeluarkan peralatan untuk memerangkap lalat dan Pressure Sprayer serta Rapic C2 Clean. Ketibaan kami disambut meriah oleh ayam-ayam beliau. Ramai jer ayam menerpa seolah-olah kedatangan kami membawa makanan.
Tanpa melengahkan masa saya terus melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Tuan Nordin melakukan rutin harian iaitu memberi makan ayam-ayam beliau.
Keadaan reban ayam Tuan Nordin
Ayam kampung yang diberi makan jagung.
Bangkai Anak Ayam yang mati
Bangkai anak ayam yang mati atau apa-apa saja yang menarik lalat akan diguna pakai untuk Perangkap lalat yang dibawa. Mula-mula terfikir juga apa yang sesuai digunakan untuk menarik lalat masuk kedalam perangkap. Nampak lalat sangat tertarik dengan bangkai ayam tersebut.
Bangkai Anak Ayam di letakkan di dalam perangkap lalat.
Lalat Hijau . Lalat ini dikatakan sangat suka makan tisu-tisu mati seperti bangkai-bangkai.
2 jenis perangkap yang telah dipasang
5 minit dah hampir 10 ekor lalat masuk.
Perangkap yang mengunakan umpan bangkai paling cepat menarik lalat masuk terutamanya lalat jenis hijau yang bewarna-warni.
Perangkap lalat yang ke 3 dipasang hanya dengan mencampurkan air kedalam palstik bag.
Semburan Rapid C2 diseluruh reban ayam yang terdedah kepada lalat.
Semburan Rapid C2 yang mempunyai Serai Wangi adalah ECO-GREEN product. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari tumbuhan. Semburan ini adalah untuk membunuh semua jenis kuman-kuman dan bakteria yang selalu menjejas ternakan seperti penyakit-penyakit ayam. Bahan ini juga dijamin tidak akan menjejaskan atau memberi kesan sampingan kepada ternakan. Semburan tersebut hanya mengambil masa 10-15minit untuk siap raban ayam beliau.
Keputusan semua perangkap lalat akan diberitahu akan datang..nantikanya....:)
sekian
www.onlinepestcontrol.com.my
How do you make money with online gambling? - Work
ReplyDeleteIf you can't figure it out then you'll 바카라 사이트 either follow these steps alone, or try to get to real money 1xbet gambling in the หาเงินออนไลน์ form of
Lucky 7 Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind your perfect game 대전광역 출장안마 at Mapyro, a well-known 광주광역 출장샵 casino in the Casino in Washington, D.C., 보령 출장샵 is your best bet if you 군포 출장마사지 are looking 구미 출장마사지 for a